Wednesday, 12 November 2014


KENALI KAJIAN!!!



3R terdiri daripada reuse, reduce, dan recycle. Kajian yang dilakukan adalah lebih kepada usaha menggunakan semula bahan terpakai seperti kertas supaya menjadi sesuatu produk yang lebih kreatif sekaligus dapat mengelakkan masalh pencemaran alam sekitar.Reuse bermaksud menggunakan semula bahan terbuang yang masih dapat digunakan seperti bahan kertas untuk fungsi yang sama ataupun fungsi lainnya.Justeru itu,proses kajian ini adalah lebih kepada penggunaan semula bahan kertas sebagai bahan untuk menghasilkan manik,yang menggantikan manik yang sedia ada dipasaran dalam penghasilan aksesori.







Tuesday, 11 November 2014



REKAAN KREATIVITI PRODUK DARIPADA BAHAN GUNA SEMULA




Berikut adalah beberapa idea kreativiti yang dapat digunakan untuk aktiviti kitar semula dan mungkin juga dapat menjana pendapatan.



Rekaan tempat meletakkan aksesori




Botol plastik dijadikan penyapu sampah. 



Tali pinggang keledar dari kereta yang sudah tidak digunakan lagi boleh  dijadikan tempat gantung kunci.




Tempat untuk menyimpan aksesori atau pin perhiasan diri .


Rak dari kotak yang terbuang. 



JENIS-JENIS AKSESORI YANG DIHASILKAN DARIPADA MANIK YANG DIPERBUAT DARIPADA KERTAS


















KOLEKSI MANIK YANG DIPERBUAT DARIPADA PELBAGAI JENIS KERTAS












CREATING YOUR OWN BEADS AT HOME









Thursday, 9 October 2014



DEFINISI FESYEN

Definisi fesyen menurut Colin McDowell,menyatakan bahawa fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran masa.Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis dan kategori.Ianya tidak hanya fesyen dari segi pakaian ,tetapi juga dari segi aksesori seperti kasut,beg,aksesori fesyen dan lain-lain.Kita harus mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat supaya ia bersesuaian.
Ini kerana cara kita berpakaian ataupun mengenakan sesuatu fesyen boleh menggambarkan siapakah kita sebenarnya pada pandangan umum.




Wednesday, 8 October 2014



BAHAN YANG DIPERLUKAN DALAM MENGHASILKAN MANIK KERTAS





Warna Akrilik




Lidi

Water Colour


Nail Polish

Pelbagai Jenis Kertas











MASALAH YANG MUNGKIN AKAN DIHADAPI DALAM KAJIAN PENYELIDIK


    Untuk menghasilkan manik yang bersaiz agak besar ,nisbah kertas yang diperlukan perlulah sesuai dengan bentuk yang akan dihasilkan.Manakala manik yang bersaiz kecil memerlukan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkannya kerana ianya agak sukar untuk dipegang menggunakan tangan.Terutamanya semasa proses mewarna dan membentuknya.Struktur manik daripada kertas agak merisaukan dan bahan sampingan yang lain amat diperlukan bagi mengukuhkan lagi struktur manik dari segi tahan lasak dan kalis air.Antara bahan yang membantu mengukuhkan dan mencantikkan  manik kertas ini adalah Mod Podge(Gam untuk aksesori),White Glue,Stick(Lidi),Pengilat kuku(Nail Polish),Acrylic colour for craft,Water colour dan Eye shadow.





OBJEKTIF KAJIAN



Antara objektif kajian penyelidikan yang saya kaji adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis kertas yang sesuai 
digunakan untuk menghasilkan bahan gantian manik yang sedia ada.

Seterusnya untuk mengenalpasti jenis bahan pewarna,bahan sampingan dan bahan utama yang memainkan peranan penting dalam 

Malahan kajian ini perlu memahami struktur manik tersebut amat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang menarik serta memberansangkan.

Pengkaji perlu mengenalpasti nisbah ataupun kuantiti kertas dengan sesuai bagi menghasilkan manik tersebut.
Sasaran utama bagi penghasilan kertas sebagai bahan gentian manik yang sedia ada adalah tidak terhad,
 
perlu mengeksperimentasi motif ataupun bentuk yang kreatif dalam menghasilkan kertas sebagai bahan gantian manik yang sedia ada.

Disamping itu,kajian ini perlu mengenalpasti teknik peleburan kertas yang efektif untuk mendapatkan produk manik yang kreatif dan menarik serta mempunyai struktur yang kukuh.



Tuesday, 7 October 2014




ANTARA CONTOH AKSESORI YANG AKAN DIHASILKAN DARIPADA BAHAN PELBAGAI JENIS KERTAS









PENGENALAN KAJIAN




Kajian ini berkaitan dengan eksplorasi bahan kertas sebagai bahan ganti manik yang sedia ada dalam menghasilkan aksesori.Bahan utama dalam kajian ini adalah pelbagai jenis kertas yang menggantikan manik yang sedia ada di pasaran,ianya  diolah seakan-akan origami dan dibentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Kertas adalah bahan yang tipis dan rata, yang dihasilkan dengan kompresi serat yang berasal dari pulp. Serat yang digunakan biasanya adalah alami, dan mengandungi selulosa dan hemiselulosa.
Kertas dikenal sebagai media utama untuk menulis, mencetak serta melukis dan banyak kegunaan lain yang dapat dilakukan dengan kertas misalnya kertas pembersih (tissue) yang digunakan untuk hidangan, kebersihan ataupun tandas.
Namun dalam kajian yang dikaji oleh penyelidik,kertas dijadikan bahan gantian manik yang sedia ada.Antara jenis kertas yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kertas tisu,kertas biasa ataupun berwarna (pelbagai saiz),Water Colour Paper,Surat khabar lama,kertas kotak,majalah,Wrapping Paper dan sebagainya.

Dalam proses menghasilkan manik tersebut struktur tarikan,bentuk,warna dan kekukuhannya merupakan elemen yang sangat penting dalam kajian ini.Malahan,pengkaji juga perlu mengenalpasti nisbah kertas berdasarkan jenis kertas yang digunakan supaya berat dan ketebalannya bersesuaian dengan rekaan aksesori yang akan dihasilkan dengan manik yang diperbuat daripada pelbagai jenis kertas tersebut.







TAJUK-TAJUK PROJEK TAHUN AKHIR YANG TERSENARAI DAN TAJUK YANG DIPILIH


  1. Eksperimentasi bahan buluh sebagai bahan gantian manik yang sedia ada dalam menghasilkan aksesori.
  2. Eksperimentasi gabungan pelbagai jenis benang dan serat pelepah betik dalam tenunan kraf.
  3. Eksplorasi bahan kertas sebagai bahan gantian manik yang sedia ada dalam menghasilkan aksesori.
  4. Eksperimentasi gabungan teknik `Knitting`dan `Beading dalam menghasilkan replikasi selendang.
  5. Eksplorasi teknik sulam 3D dalam replikasi baju-baju tradisional.

Diantara kesemua tajuk yang tersenarai,tajuk yang telah dipilih oleh penyelia adalah:



  • Eksplorasi bahan kertas sebagai bahan gantian manik yang sedia ada dalam menghasilkan aksesori.